h1

MSSM 2009

March 3, 2009

Acara: MSSM 2009

Lokasi: Shah Alam, Selangor

Tarikh: 17 – 20 Mac 2009

sukacita dimaklumkan bahawa dua pelajar kolej melayu kuala kangsar telah terpilih untuk mengikuti latihan pusat peringkat negeri perak darul ridzuan bagi sukan polo air tahun 2009. latihan akan bermula pada hari selasa, 3 mac 2009 pada sebelah petang. mereka ialah:

Abdul Hakim b. Ghazali

Sheikh Ahmad Faiz b. Ismail

setelah perbincangan diadakan…pihak pengurusan daerah kuala kangsar akan terlibat secara lansung untuk menguruskan hal ehwal pengangkutan dan penginapan kedua dua pelajar di atas.  mereka juga telah mendapat kebenaran untuk tidak hadir ke  sesi peperiksaan yang sedang dijalankan sekarang dan beberapa kertas matapelajaran akan ditangguhkan bagi mereka berdua.

terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan kolej melayu kerana prihatin dengan pelajar terbabit….terutama cikgu roslan..yang dengan segera menghubungi pihak pengurusan daerah untuk pengesahan dan perbincangan lanjut…setelah mendapat maklumat tidak rasmi bahwa dua pelajar ini telah terpilih untuk menyertai latihan pusat.

mereka berdua akan diuruskan oleh encik salleh, selaku wakil pihak pengurusan daerah kuala kangsar. mereka akan bertolak ke ipoh petang ini… dan bermalam di sana. kerana selain daripada latihan pada petang ini..latihan juga akan diadakan pagi esok dan petang esok. latihan akan berjalan selama seminggu.  mereka akan pulang ke kuala kangsar dan hanya akan kembali ke ipoh petang khamis kerana tiada latihan akan dijalankan pada waktu pagi hari tersebut. maklumat lanjut akan diberitahu kemudian 🙂

…..mengenai MSSM 2009, kemungkinan besar ia akan diadakan di pusat akuatik darul ehsan (P.A.D.E), seksyen 13, shah alam. mengikut maklumat yang diterima sekarang…terdapat sedikit percanggahan berkenaan dengan tarikh di mana ia akan diadakan…jika mengikut kalendar yang penulis perolehi… ia akan bermula pada 14 haribulan..tetapi menurut maklumat dari pihak lain… ia akan bermula pada 16 haribulan. diharap hakim atau sheikh akan dapat mengesahkan tarikh sebenar tidak lama lagi.

penulis secara peribadi akan cuba untuk menghadiri acara ini… mengikut sumber yang diterima..seramai 20 pelajar telah dipilih…dan hanya 13 akan berjaya di pilih untuk mewakili perak untuk MSSM tahun ini. semoga kedua dua wakil MC Sharks 2009 akan dipilih untuk menyertai pasukan perak. diharap para pembaca juga akan dapat menghadirkan diri untuk memberi sokongan moral dan memeriahkan acara majlis nanti.

semua di jemput hadir.

maklumat lanjut akan di beritahu kemudian.

sekian terima kasih! 🙂

Advertisements

9 comments

  1. harap latihan petang ini dapat diteruskan…walaupun dengan isu isu yang berlaku di sekiar ipoh pada hari ni 😛


  2. congrats to telo and rain god. Hope to see you guys in Shah Alam.

    (what with the bm posting?awkward gila..)


  3. so any wakil from koleq for the mssm?


  4. Training ended last wed. Sheikh will join as backup keeper. Hakim didnt make it. Should be in ganu already by now. Sheikh uncontactable. Henpon kena rampas. Haha


  5. phone kena rampas… hahaha….


  6. SO… obw camner? i’ll most probably be going. who else?


  7. proudly announce………..
    anchovies won!!!!!!!!!!!!!hahaha..
    though obs byk main tipu..hahaha


  8. dengan bangganya dmaklumkan bahawa present boys mng dgn old boys….kah3…


  9. wah!!! suke nyer mereka… hik hik hik… congrats to all of you… (^_^)…



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: